MAJLIS PERHIMPUNAN
BULANAN MAMPU BAGI BULAN JANUARI 2020
Pada tanggal 24 Januari 2020, Majlis Perhimpunan bulanan MAMPU bagi bulan
Januari 2020 telah berjaya diadakan dengan jayanya. Majlis ini dijalankan
secara kolaboratif bersama tiga bahagian iaitu Bahagian Reformasi Sektor Awam
(BRSA), Bahagian Kerajaan Digital (BKD), dan Unit Integriti (UI). Majlis ini
telah dihadiri oleh anggota-anggota, pegawai-pegawai dan kakitangan MAMPU
Putrajaya, Cyberjaya, Sabah dan Sarawak.
Terdahulu, sesi bergambar yang melibatkan YBhg.
Dato’ Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Pengarah MAMPU bersama pegawai-pegawai contoh
dan semua pengarah bahagian turut dijalankan. Atur cara majlis bermula dengan
ketibaan YBhg. Dato’ Dr. KP diiringi oleh semua pengarah bahagian. Diikuti dengan
nyanyian lagu Negaraku, Malaysia Bersih, dan MAMPU Terbilang, dan bacaan doa.
Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan
tayangan Montaj Perhimpunan dan tayangan Video MAMPU 2020 (Aspirasi Kepimpinan
MAMPU) mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan, sambutan hari lahir,
pegawai bertukar keluar dan sebagainya. Lanjutan daripada itu, YBhg. Dato’ Dr.
KP turut menyampaikan ucapan dan amanat tahun baharu kepada warga MAMPU. Majlis
berakhir dengan pemberian KIT pegawai baharu MAMPU oleh YBhg. Dato’ Dr. KP,
YBhg. Dato’ Dr. TKP (TPP) dan YBhg. Dato’ Dr. TKP (ICT) diiringi Pengarah BRSA,
Pengarah BKD dan Ketua UI.
Majlis perhimpunan bulanan ini telah diadakan
bertujuan memberi maklumat tentang perkembangan terkini MAMPU seterusnya bagi
memupuk dan menjalinkan hubungan yang erat di kalangan warga MAMPU. Di samping
itu, ia juga turut meningkatkan interaksi yang berkesan bagi menjana pemikiran
yang lebih kreatif dan inovatif di kalangan warga MAMPU.
No comments:
Post a Comment