Thursday 30 January 2020


COMBATTING CORRUPTION
UNDERSTANDING ANTI-CORRUPTION INITIATIVES IN MALAYSIA

By Nur syafinaz binti Ghani



Below is a review of “Combatting Corruption: Understanding Anti-Corruption Initiatives in Malaysia” written by Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff, Sri Murniati, and Jenny Gryzelius. This book contains 183 pages with 6 chapters and in the size of B6, which makes it handy and convenient for the readers. The book was published by the Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) in April 2013. Note that Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff has actively been promoting good governance and integrity for over two decades through his writings and his previous works with the United Nations Development Programme and the Malaysian Institute of Integrity. While Sri Murniati is a researcher and Jenny Gryzelius is a senior researcher at IDEAS.

The book attempts to add literature through compiling the history of fighting corruption in Malaysia, promoting the integrity and by providing an overview of initiatives taken over the last few decades by various agencies, groups and organisations. This book reinforces the belief that corruption is undeniably a complex issue that is dreadful and difficult to eradicate. This work is well structured within 6 chapters. The analysis started by providing a comprehensive historical overview of the efforts to combat corruptions through legal and institutional mechanisms since Malaysian independence. As stated in the book, the initiatives in curbing corruptions in Malaysia began with the introduction of the corruption ordinance by the British government. It was later followed by the relentless initiatives of the Malaysian government under Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi, and Dato’ Sri Najib Tun Razak. The authors believed that their initiatives serve as a strong evidence of the government’s seriousness in combatting corruptions.

Furthermore, the authors examined the extent of the Malaysian government’s success in implementing strategies and initiatives to combat corruptions. The authors suggested that corruption in Malaysia requires coherent strategies for prevention and deterrence, rather than the existing initiatives that solely focus on detection. The work argues that targeted multi-dimensional strategies and initiatives are needed in dealing with the issue. While Malaysia has implemented many initiatives to combat corruptions, these initiatives, however, hampered by lack of coordination and coherences between the agencies and implementation groups. The authors, thus, recommended the establishment of an inter-agency working committee to coordinate the strategies and initiatives.

Adding to that, the authors also discussed the implications of corruption in Malaysia from three major perspectives; democratic, economic, and social. To better understand the issue and its damaging implications, many tables of statistics concerning corruption were cited as a guide. This work also proposed that any future amendment to anti-corruption initiatives must take into consideration its historical development, as these initiatives are often build upon each other.

The key chapter of this book is chapter three, where the author has set a goal of getting people to know the details of anti-corruption measures in Malaysia since 2004. In this section, the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) is narrated as the main anti-corruption agency. MACC has inspected the Monorail Train project, the commercial vehicle examination system, the low cost housing allocation and many more. Besides, Malaysian Government has also established different institutions to accelerate the fight against corruption. Namely, Public Complaints Bureau (Jabatan Perpaduan Awam), the Integrity Management Committee, the Malaysian Institute of Integrity (IIM), the Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU) and others.

This book is organized into 6 chapters. The first chapter explains a historical overview of efforts to combat corruption. In 1958, Shah Nazir Alam, a high ranking police officer from Pakistan was invited to conduct the study on how to tackle corruption in Malaysia and he recommended the undertaking of a sustained and comprehensive programme of moral education, mainly in schools and through public information services. He also recommended that books containing short stories with moral lesson should be published and sold. Next, the second chapter clarifies the cost of corruption in Malaysia. Corruption Perception Index (CPI) and Global Corruption Barometer (GCB) were created by the Transparency International to measure the level of corruption in Malaysia. Further, the third chapter presents the examples of anti-corruption initiatives in Malaysia since 2004. Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), as the main anti-corruption agency, has taken several initiatives to fight corruption such as inspecting the agencies procedures and systems.

As the previous chapters have shown a wide range of initiatives undertaken by the government and civil society organisations to tackle corruption in Malaysia, the fourth chapter, hence, evaluates the initiatives. Based on the available studies on anti-corruption strategies in Malaysia, the authors described the Malaysia’s anti-corruption frameworks and strategies as comprehensive and elaborate. However, these frameworks and strategies may not be effective in tackling the issues because they do not address the root causes of corruption in Malaysia. The fifth chapter concludes the writing and suggests the recommendations to current anti-corruption initiatives in combatting corruption. Finally, the authors documented a lengthy and comprehensive annotated bibliography of selected journal articles and books on anti-corruption strategies in the last chapter.

This book, as overall, is very insightful. People who are interested in literature concerning corruption will most probably find this book as valuable. This book also helps stakeholders to evaluate previous initiatives while at the same time encourages critical discussion among those who involved in fighting corruption. This book is significant in providing useful guidance for officers especially from Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA) in keeping integrity and combatting corruption during its new step of reforms.




Tuesday 28 January 2020



PERBINCANGAN BERSAMA MALAYSIAN INDUSTRIES GOVERNMENT FOR HIGHT 
TECHNOLOGY (MIGHT) ON FORE SIGHT STUDY

Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA) telah mengadakan Mesyuarat Pembangunan Blueprint Reformasi Sektor Awam Malaysia pada 16 Januari 2020 yang lalu di Bilik Mesyuarat Gemilang, MAMPU. MAMPU merupakan sekretariat, badan pemikir dan implementation arm dalam menerajui gerakan reformasi sektor awam secara terancang dan bersepadu.

Pada 23 Januari 2020, satu perbincangan bersama pihak Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), JPM telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaan kajian foresight. MIGHT telah bersetuju untuk bekerjasama dengan MAMPU untuk mengadakan satu bengkel bagi mengenalpasti, memperhalusi, dan memperincikan bidang focus dan skop kajian tersebut. Bengkel tersebut dicadang dibuat pada akhir bulan Februari dan akan melibatkan semua agensi utama, pihak akademik dan juga pakar rujuk.


MESYUARAT PENYELARASAN PERHIMPUNAN MAMPU
BILANGAN 2 TAHUN 2020

BRSA telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Perhimpunan Bulanan MAMPU Bilangan 2 Tahun 2020 pada 22 Januari 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Seri Bitara, MAMPU. Mesyuarat ini merupakan anjuran bersama Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA), Bahagian Kerajaan Digital (BKD), dan Unit Integriti (UI). Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah BRSA, Dato’ Dr. Ilango Karuppannan.

Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaraskan maklumat-maklumat perhimpunan bulanan MAMPU sebelum raptai penuh dijalankan pada 23 Januari 2020. Selaku agensi penggerak dan peneraju kepada ICT dan transformasi penawaran perkhidmatan awam, perkembangan teknologi global seharusnya menjadi perkara yang sinonim dengan MAMPU. Justeru, pada perbincangan sebelum ini tema Perhimpunan Bulanan telah ditetapkan sebagai “MAMPU 20/20 : MENAKHODA AGENDA REFORMASI SEKTOR AWAM”.

“MAMPU 20/20 : MENAKHODA AGENDA REFORMASI SEKTOR AWAM”, memberi konotasi keterlibatan MAMPU sebagai sebuah agensi yang sangat berperanan dalam menerajui pemodenan pentadbiran menerusi reformasi sektor awam negara. Angka 20/20 sebagai simbolik pembayang bermulanya tahun 2020 yang merupakan titik tolak MAMPU mengungguli kecemerlangan dengan markah serba sempurna dan diiktiraf rakyat sebagai inisiatif terbaik kerajaan.  Terungkapnya tirai 2020 isyarat tiada masa lagi untuk menoleh ke belakang. Selaku peneraju yang menakhodai agenda reformasi sektor awam, amanat berupa tugas penting ini perlu kita galas kemas.



RAPTAI PENUH MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN JANUARI 2020

Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA) bersama-sama Bahagian Kerajaan Digital (BKD) dan Unit Integriti (UI), telah menghadiri raptai penuh majlis perhimpunan bulanan MAMPU bagi bulan Januari 2020 pada 23 Januari 2020 bertempat di Auditorium, Jabatan Perdana Menteri. Bagi sebuah majlis rasmi, taklimat raptai dan raptai penuh perlu diadakan bagi memastikan tiada masalah berlaku semasa majlis terutamanya dalam aspek teknikal dan kesesuaian.

Raptai penuh ini dilaksanakan bertujuan memastikan segala perancangan yang telah dirancang dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna pada 24 Januari 2020. Setiap ahli jawatankuasa yang terlibat perlu memastikan mereka tahu akan tugas dan tanggungjawab yang diberi. Bahkan juga, raptai ini dapat memastikan/menentukan urutan majlis, menentukan jangka masa yang tepat, memperbaiki kelemahan sekiranya ada, menyelaras acara dan membiasakan petugas-petugas dengan keadaan tempat yang telah ditetapkan.  





PERBINCANGAN SISTEM BANK DASAR BILANGAN 1 TAHUN 2020

Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA) telah mengadakan Perbincangan Sistem Bank Dasar Bilangan 1 Tahun 2020 pada 21 Januari 2020 yang lalu bertempat di Bilik Bincang Cyber 4 Utara, MAMPU. Perbincangan ini telah dihadiri oleh wakil BRSA iaitu Pn. Ruziah binti Mokhtar, Timbalan Pengarah BRSA dan Pn. Aini Hamimi binti Mohamed Hanapiah, Ketua Penolong Pengarah Kanan BRSA.

Sistem Bank Dasar merupakan satu sistem yang menyediakan repositori bagi semua dasar dan pekeliling yang telah diterbitkan oleh MAMPU. Repositori ini boleh dilihat oleh semua warga MAMPU khususnya dan semua pengguna internet amnya. Ia boleh dicapai menggunakan url www.dasar.mampu.gov.my tanpa perlu login, maksudnya ia terbuka kepada capaian umum.



MESYUARAT PELAPORAN KEBERHASILAN OBB SUKU KEEMPAT 2019 JPM B06

Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA) telah menghadiri Mesyuarat Pelaporan Keberhasilan OBB Suku Keempat 2019 JPM B06 pada 28 Januari 2020 di Bilik Persidangan Dinamik, Blok B1, JPM. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Dato’ Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad.

Sehubungan mesyuarat yang telah diadakan sebelum ini, ahli mesyuarat dipohon untuk mengemukakan Outcome dan KPI peringkat Program bagi Suku Keempat serta Cadangan Pemurniaan Semula KPI OBB Tahun 2021 selewat-lewatnya pada 20 Januari 2020. Justeru, Mesyuarat ini bertujuan membentangkan Outcome dan KPI peringkat Program masing-masing. Jabatan/Agensi di bawah setiap Program yang tidak mencapai KPI yang telah ditetapkan juga hadir bagi membincangkan perkara tersebut.




MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN MAMPU BAGI BULAN JANUARI 2020

Pada tanggal 24 Januari 2020, Majlis Perhimpunan bulanan MAMPU bagi bulan Januari 2020 telah berjaya diadakan dengan jayanya. Majlis ini dijalankan secara kolaboratif bersama tiga bahagian iaitu Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA), Bahagian Kerajaan Digital (BKD), dan Unit Integriti (UI). Majlis ini telah dihadiri oleh anggota-anggota, pegawai-pegawai dan kakitangan MAMPU Putrajaya, Cyberjaya, Sabah dan Sarawak.

Terdahulu, sesi bergambar yang melibatkan YBhg. Dato’ Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Pengarah MAMPU bersama pegawai-pegawai contoh dan semua pengarah bahagian turut dijalankan. Atur cara majlis bermula dengan ketibaan YBhg. Dato’ Dr. KP diiringi oleh semua pengarah bahagian. Diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Malaysia Bersih, dan MAMPU Terbilang, dan bacaan doa.

Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan tayangan Montaj Perhimpunan dan tayangan Video MAMPU 2020 (Aspirasi Kepimpinan MAMPU) mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan, sambutan hari lahir, pegawai bertukar keluar dan sebagainya. Lanjutan daripada itu, YBhg. Dato’ Dr. KP turut menyampaikan ucapan dan amanat tahun baharu kepada warga MAMPU. Majlis berakhir dengan pemberian KIT pegawai baharu MAMPU oleh YBhg. Dato’ Dr. KP, YBhg. Dato’ Dr. TKP (TPP) dan YBhg. Dato’ Dr. TKP (ICT) diiringi Pengarah BRSA, Pengarah BKD dan Ketua UI.

Majlis perhimpunan bulanan ini telah diadakan bertujuan memberi maklumat tentang perkembangan terkini MAMPU seterusnya bagi memupuk dan menjalinkan hubungan yang erat di kalangan warga MAMPU. Di samping itu, ia juga turut meningkatkan interaksi yang berkesan bagi menjana pemikiran yang lebih kreatif dan inovatif di kalangan warga MAMPU.


 


Wednesday 22 January 2020



AKTIVITI BRSA


⃗ Mesyuarat Penyelarasan Perhimpunan MAMPU Bil 1/2020

⃗ Raptai Penuh Perhimpunan Bulanan MAMPU Bil. 1/2020

⃗ Perhimpunan Bulanan MAMPU Bil. 1/2020

⃗ Sesi Perbincangan Tatacara Penyediaan Polisi/Pekeliling MAMPU

⃗ Mesyuarat Pembangunan BluePrint BRSA

⃗ Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Bil. 4/2019

⃗ Taklimat kepada Dato' KP mengenai MIGHT

⃗ Mesyuarat Bahagian Reformasi Sektor Awam





Monday 20 January 2020


SESI PERBINCANGAN TATACARA PENYEDIAAN
POLISI/PEKELILING MAMPU



BRSA telah mengadakan Sesi Perbincangan Mengenai Tatacara Penyediaan Polisi/Pekeliling bersama Bahagian Perundingan ICT (BPI) pada 20 Januari 2020 di Bilik Mesyuarat Aspirasi, MAMPU.


Perbincangan ini diadakan untuk mendapatkan pandangan dan nasihat dari BRSA mengenai tatacara penyediaan pekeliling baharu berkaitan repositori sektor awam (knowledge bank) yang akan dikeluarkan oleh BPI sebagai subject matter expert.  Perbincangan telah dipengerusikan oleh Pn. Ruziah binti Mokhtar, Timbalan Pengarah BRSA.


MESYUARAT PEMBANGUNAN BLUEPRINT 
REFORMASI SEKTOR AWAM MALAYSIA 


BRSA telah mengadakan Mesyuarat Pembangunan Blueprint Reformasi Sektor Awam Malaysia pada 16 Januari 2020 yang lalu di Bilik Mesyuarat Gemilang, MAMPU. Sejajar dengan aspirasi kerajaan mencapai kemakmuran 2030, mantan KSN telah menekankan tentang Governance efficiency dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos dan pertindihan fungsi agensi kerajaan serta pengoptimuman sumber kerajaan sedia ada.

Justeru itu, KSN telah mengamanahkan MAMPU sebagai sekretariat, badan pemikir dan implementation arm dalam menerajui gerakan reformasi sektor awam secara terancang dan bersepadu. BRSA juga dipertanggungjawabkan untuk membangunkan satu blueprint komprehensif yang mengandungi elemen strategi, pelan tindakan dan program-program reformasi sektor awam bagi mewujudkan perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi, berintegriti dan proaktif.

KSN turut bersetuju dengan saranan MAMPU mencadangkan supaya perkhidmatan World Bank diperoleh untuk melaksanakan satu kajian dalam menyediakan draf blueprint reformasi sektor awam. Oleh itu, satu terma rujukan atau skop kerja bagi membolehkan World Bank memulakan kajian tersebut. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincang dan mempertimbangkan draf terma rujukan yang harus diberikan kepada World Bank.



MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PROJEK ICT SEKTOR AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2020 Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA), En. Abdu...