Tuesday, 28 January 2020



RAPTAI PENUH MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN JANUARI 2020

Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA) bersama-sama Bahagian Kerajaan Digital (BKD) dan Unit Integriti (UI), telah menghadiri raptai penuh majlis perhimpunan bulanan MAMPU bagi bulan Januari 2020 pada 23 Januari 2020 bertempat di Auditorium, Jabatan Perdana Menteri. Bagi sebuah majlis rasmi, taklimat raptai dan raptai penuh perlu diadakan bagi memastikan tiada masalah berlaku semasa majlis terutamanya dalam aspek teknikal dan kesesuaian.

Raptai penuh ini dilaksanakan bertujuan memastikan segala perancangan yang telah dirancang dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna pada 24 Januari 2020. Setiap ahli jawatankuasa yang terlibat perlu memastikan mereka tahu akan tugas dan tanggungjawab yang diberi. Bahkan juga, raptai ini dapat memastikan/menentukan urutan majlis, menentukan jangka masa yang tepat, memperbaiki kelemahan sekiranya ada, menyelaras acara dan membiasakan petugas-petugas dengan keadaan tempat yang telah ditetapkan.  


No comments:

Post a Comment

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PROJEK ICT SEKTOR AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2020 Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA), En. Abdu...