PERBINCANGAN SISTEM BANK DASAR BILANGAN 1 TAHUN 2020
Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA) telah mengadakan Perbincangan Sistem
Bank Dasar Bilangan 1 Tahun 2020 pada 21 Januari 2020 yang lalu bertempat di
Bilik Bincang Cyber 4 Utara, MAMPU. Perbincangan ini telah dihadiri oleh wakil
BRSA iaitu Pn. Ruziah binti Mokhtar, Timbalan Pengarah BRSA dan Pn. Aini Hamimi
binti Mohamed Hanapiah, Ketua Penolong Pengarah Kanan BRSA.
Sistem Bank Dasar merupakan satu sistem yang menyediakan repositori bagi
semua dasar dan pekeliling yang telah diterbitkan oleh MAMPU. Repositori ini
boleh dilihat oleh semua warga MAMPU khususnya dan semua pengguna internet
amnya. Ia boleh dicapai menggunakan url www.dasar.mampu.gov.my tanpa perlu login, maksudnya ia terbuka kepada
capaian umum.
No comments:
Post a Comment