KURSUS KUMPULAN INOVATIF DAN
KREATIF (KIK) TAHUN 2020
Pada tanggal 20 dan 21 Februari 2020, BRSA
telah menghadiri Kursus Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Tahun 2020 bagi
MAMPU bertempat di bilik serbaguna, Jabatan Perdana Menteri. Pada hari pertama,
peserta telah diberikan Pengenalan Dan Taaruf Kepada Pelaksanaan Horizon Baharu
KIK, Skop Projek dan Penjanaan Idea Kreatif, dan Teknik Dan Kaedah Design Thinking. Manakala pada hari
kedua, peserta telah diberi pengetahuan terhadap Mekanisme Penilaian dan
Kriteria Pemarkahan, Penyediaan Dokumentasi Projek, dan Pembentangan Kumpulan.
Objektif kursus KIK ini adalah bertujuan
memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif serta berkualiti terhadap
kerja yang dilakukan seharian. Selain itu, kursus ini dapat memperkenalkan dan
menyebarkan hasil-hasil inovasi yang telah dilaksanakan dan terbukti
mendatangkan manfaat agar dapat dicontohi dan diamalkan di seluruh MAMPU. Di samping
itu, kursus ini turut menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian
perkhidmatan kepada pelanggan.
No comments:
Post a Comment