Tuesday, 25 February 2020


KURSUS MASTERCLASS IN PUBLIC POLICY MAKING SIRI 1/2020



Pada tanggal 17-21 Februari 2020, BRSA (Pn. Rasidah Ibrahim) telah menghadiri Kursus Masterclass in Public Policy Making Siri 1/2020 bertempat di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Melalui kursus ini, para peserta telah diberi pendedahan yang lebih berkaitan Public Policy Making yang dapat diadaptasi terhadap kerja yang dilakukan terutamanya di dalam sektor kerajaan. Pada hari pertama, para peserta diberi pendedahan terhadap Overview to Public Policy, Dari Wawasan 2020 ke Wawasan Kemakmuran Bersama: Fokus dan Halatuju, dan Good Regulatory Practice (GRP).

Manakala pada hari kedua telah diisi dengan info-info berkaitan Problem Identification & Developing Policy Objectives (RIA), Options & Impact Analysis (RIA), dan Consultations for Policy Making (RIA) & Recommendation of Preffered Option & Creating Policy Strategy. Malahan itu juga, para peserta telah diberi pendedahan terhadap Formulating Public Programmes and Projects through Logical Framework, Effefctive Evaluations Good Policy Practice, dan Case Study in Good Policy Practice in a group discussion pada hari ketiga.

Seterusnya pada hari keempat, penceramah memberi maklumat berkaitan Briefing by Ministries/Department: Success Stories, Data Driven Policy Making, dan Case Study in Good Policy Practice juga secara berkumpulan. Pada hari terakhir kursus berlangsung, para peserta telah diberi maklumat berkaitan Case Study Presentation daripada Panel INTAN dan info mengenai Understanding Policy Implementation and Challenges.

No comments:

Post a Comment

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PROJEK ICT SEKTOR AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2020 Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA), En. Abdu...