PELAKSANAAN AUDIT LUAR MS ISO 9001:2015
(PENGAWASAN)
Pada tanggal 13
Februari 2020 yang lalu, Pn. Ruziah Mokhtar selaku Auditee BRSA telah
menghadiri Pelaksanaan Audit Luar MS ISO 9001: 2015 (Pengawasan) bertempat di
Bilik Mesyuarat Seri Gemilang, MAMPU.
Perkara yang diaudit meliputi, Kajian semula pengurusan, Audit dalam, Penambahbaikan
berterusan, Tindakan pembetulan dan pencegahan, Pengurusan rekod kualiti, Pengurusan
aduan dan maklum balas pelanggan, Penggunaan logo, Objektif kualiti, Konteks
Organisasi (Klausa 4), Kepimpinan (Klausa 5), Tindakan menyatakan risiko dan
peluang (Klausa 6), Sokongan (Klausa 7), Operasi (Klausa 8), Penilaian prestasi
dan penambahbaikan (Klausa 9 dan Klausa 10).
Manakala Prosedur
Kualiti Pengurusan Utama yang diaudit ialah, Perubahan Konteks Organisasi (Changes
on Context of Organization), Risiko dan Peluang (Risk & Opportunity), Audit
Dalam/Kajian Pengurusan (Internal Audit/Management Review), Penambahbaikan Berterusan
(Continual Improvement), Tindakan Pembetulan (Corrective Action), Pengurusan
Maklum Balas dan Aduan Pelanggan (Customer Feedback & Complaint), Objektif
Kualiti (Quality Objectives/ Performance), Penggunaan Logo (Use of Logo), Pengurusan
Khidmat Rundingan dan Nasihat (Provision of Advisory Services & Management
Consultancy), Pengurusan Lawatan Inspektorat dan Pengurusan Penggubalan Dasar.
No comments:
Post a Comment