Mesyuarat Pembukaan
PELAKSANAAN AUDIT LUAR MS ISO 9001:2015 BIL. 1/2020
Pada tanggal 13 Februari 2020 yang lalu, BRSA
telah menghadiri Mesyuarat Pembukaan Pelaksanaan Audit Luar MS ISO 9001
Bilangan 1 Tahun 2020 bertempat di Bilik
Mesyuarat Seri Gemilang, MAMPU. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’
Dr. Yusof bin Ismail dan telah dihadiri oleh semua pengarah bahagian, semua
juruaudit dalam MS ISO 9001 MAMPU, Pegawai MS ISO Bahagian dan Auditee.
Mesyuarat ini dijalankan bertujuan memastikan
auditee yang bersesuaian bagi perkara yang diaudit seperti yang terkandung
dalam jadual yang dilampirkan. Auditee bagi perkara yang diaudit diwajibkan
hadir ke mesyuarat pembukaan dan penutupan.
Bukan itu sahaja, mesyuarat ini juga bertujuan
memastikan dokumen yang diperlukan untuk pengauditan telah disediakan dengan
sewajarnya. Tempoh dokumen untuk diaudit adalah bagi bulan April 2019 sehingga
Januari 2020. Peringatan mesra juga bahawa dokumen bagi tempoh sebelum April
2019 juga berkemungkinan akan disemak sekiranya diperlukan. Dokumen tersebut
telah diserahkan kepada urus setia pada 6 Februari 2020 (Khamis) untuk
penyelarasan selanjutnya atau dibawa bersama pada hari pengauditan.
No comments:
Post a Comment