Monday, 30 March 2020

BENGKEL KAJIAN FORESIGHT REFORMASI SEKTOR AWAM





Pada 8 – 10 Mac 2020, BRSA telah menghadiri Bengkel Kajian Foresight Reformasi Sektor Awam bertempat di Hatten Place, Melaka. Sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk mereformasi institusi dan tadbir urus kerajaan ke arah meningkatkan ketelusan dan kecekapan perkhidmatan awam, MAMPU bercadang untuk membangunkan satu Blueprint Reformasi Sektor Awam. Bagi tujuan tersebut, MAMPU telah menyediakan draf skop kerja bagi perbincangan dengan World Bank dalam menjalankan kajian reformasi sektor awam.

Draf skop kerja tersebut telah dipertimbangkan di Mesyuarat Pembangunan Blueprint Reformasi Sektor Awam Malaysia yang telah diadakan pada 16 Januari 2020. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh wakil Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Pejabat Peguam Negara (AGC), Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Naional (GIACC). Rentetan Mesyuarat tersebut telah mengesyorkan supaya satu foresight study dijalankan bagi tujuan memurnikan draf tersebut sebelum dibincang dengan World Bank.

Pada hari pertama, bengkel tersebut telah dimulakan dengan perasmian dan kata alu-aluan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff. Selepas itu, peserta telah diberi kefahaman terhadap Understanding the future impact; coping with bigger perspective the megatrends, SDG 2030, & 4th Industrial Revolution.

Pada hari kedua, peserta akan membincangkan setiap aktiviti secara berkumpulan. Aktiviti 1a: Identifying the issues & challenges of reformation components: Finance (F), Legalisation(L) Institution & governance (I), Service delivery (S) Human capital development & Public Institution (H). Aktiviti 1b: Understand the impact of issues & challenges towards current Public service. Aktiviti1c: Populating the scope of changes towards reformation component: What is New, shift & discontinue? Aktiviti 2a: Identifying the external challenges towards reformation components: FLISH Aktiviti 2b: Exploring the influence of external challenges. Aktiviti 2c: Populating the scope of changes towards reformation component: What is New, shift & discontinue? Aktiviti 3a. Looking for uncertainties: zoo of scenario (wildcard/weak signals) affecting the reformation component. Aktiviti 3b: Understanding the implication of wildcard/weak signals. Aktiviti 3c: Populating the scope of changes towards reformation component: What is New, shift & discontinue?

Pada hari ketiga peserta bengkel meneruskan perbincangan terhadap Aktiviti 4: Refining the finding. Aktiviti 5: Prioritisation: Urgent-Important matrix (The Eisenhower matrix). Majlis telah diakhiri dengan pembentangan oleh setiap kumpulan.

No comments:

Post a Comment

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PROJEK ICT SEKTOR AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2020 Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA), En. Abdu...