Monday, 30 March 2020


KURSUS STRATEGIC PLANNING  BAGI PERSEDIAAN PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK MAMPU 2021 – 2025




BRSA telah menghadiri Kursus Strategic Planning Bagi Persediaan Pembangunan Pelan Strategik MAMPU 2021 – 2025 pada 3 – 5 Mac 2020 bertempat di Bilik Serbaguna, MAMPU. Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat (BPKK) bertanggungjawab dalam menyelaras perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian pelan ini.

Tahun 2020 merupakan lembaran baharu penyediaan Pelan Strategik baharu MAMPU bagi tempoh lima (5) tahun yang akan datang iaitu tahun 2021 hingga 2025. Selaras dengan perancangan bagi penyediaan Pelan Strategik yang baharu ini, terdapat keperluan kepada pemantapan dan pengukuhan ilmu pengetahuan pegawai yang akan terlibat dalam proses penyediaan pelan strategik baharu supaya ianya sentiasa selari dengan kehendak dan aspirasi pengurusan tertinggi dan juga stakeholders MAMPU.

No comments:

Post a Comment

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PROJEK ICT SEKTOR AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2020 Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA), En. Abdu...