Monday 30 March 2020


SESI TAKLIMAT KAJIAN PEMBANGUNAN DASAR PERKONGSIAN DATA SEKTOR AWAM PERINGKAT MAMPU



Pasukan Petugas Dasar Perkongsian Data Sektor Awam yang diketuai oleh Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT (BSA), MAMPU telah memulakan gerak kerja kajian pembangunan dasar perkongsian data sektor awam bermula pada Februari hingga April 2020. Sehubungan dengan itu, satu sesi taklimat bersama Pasukan Petugas Dasar Perkongsian Data Sektor Awam diadakan bertujuan memberi penerangan mengenai kajian dan pengisian Borang Soal Selidik Kajian Pembangunan Dasar Perkongsian  Data Sektor Awam yang telah diedarkan.

Justeru, Puan Ruziah binti Mokhtar, Timbalan Pengarah BRSA telah menghadiri Sesi Taklimat Kajian Pembangunan Dasar Perkongsian Data Sektor Awam Peringkat MAMPU pada 5 Mac 2020 yang lalu bertempat di Bilik Sinergi, MAMPU.

No comments:

Post a Comment

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PROJEK ICT SEKTOR AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2020 Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA), En. Abdu...