Thursday, 27 February 2020


SESI PEBINCANGAN KERANGKA STRATEGIK TERHADAP OUTCOME DAN KPI OUTCOME-BASED BUDGETING (OBB) MAMPU BAGI TAHUN 2021






Pada 27 Februari 2020 yang lalu, BRSA telah menghadiri Sesi Pebincangan Kerangka Strategik Terhadap Outcome Dan Kpi Outcome-Based Budgeting (OBB) MAMPU Bagi Tahun 2021 bertempat di Bilik Mesyuarat Seri Gemilang, MAMPU. Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Ketua Pengarah MAMPU.

JPM mengadakan Bengkel Kerangka Strategik Terhadap Outcome dan KPI OBB Tahub 2021 pada 27 – 29 Februari 2020. Oleh yang demikian, MAMPU bertanggungjawab untuk menyediakan Kerangka Keberhasilan Strategik bagi MAMPU tahun 2021 dengan memperhalusi KPI, Output dan PI Output sedia ada MAMPU. Maka, bagi tujuan persiapan Bengkel tersebut, YBhg. Datuk Seri Ketua Pengarah MAMPU telah mengarahkan TKP (TPP), TKP (ICT) dan semua Pengarah Bahagian untuk menghadiri satu sesi perbincangan tersebut.

No comments:

Post a Comment

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PROJEK ICT SEKTOR AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2020 Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA), En. Abdu...