Wednesday 20 May 2020






MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KANDUNGAN LAMAN WEB MAMPU 
BIL. 1/2020

Pada 18 Mei 2020 yang lalu, Cik Nur Syazana binti Azman wakil Pegawai BRSA telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Laman Web MAMPU Bil. 1/2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Seri Bitara, MAMPU.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan membincangkan Laporan Pengemaskinian Laman Web bagi bulan Januari hingga April 2020 dan Laporan Pengemaskinian Media Sosial MAMPU bagi bulan Januari hingga April 2020.

Seterusnya, ahli mesyuarat juga turut diberi makluman mengenai Standard of Procedure (SOP) Pengurusan Kandungan Portal Rasmi MAMPU dan membincangkan cadangan Pengubahsuaian dan Penjenamaan Semula bagi Paparan dan Kandungan Portal Rasmi MAMPU.

No comments:

Post a Comment

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PROJEK ICT SEKTOR AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2020 Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA), En. Abdu...