Monday 18 May 2020







MESYUARAT BAHAGIAN REFORMASI SEKTOR AWAM

Mesyuarat bahagian perlu diadakan bagi membincangkan sesuatu perkara dalam mencapai keputusan bersama dan mewujudkan perhubungan, kata sepakat serta kerjasama di dalam setiap bahagian. Melalui mesyuarat ini dapat menyebarkan maklumat dan rancangan terkini dengan kadar yang pantas dan mengelakkan sebarang kekeliruan maklumat terhadap ahli mesyuarat serta menyelaraskan pembahagian tugas dengan lebih sistematik.

Oleh yang demikian, berhubung Pandemik Covid-19, Mesyuarat Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA) yang telah diadakan secara atas talian. Mesyuarat ini telah membincangkan kesemua keterlibatan Pegawai-pegawai serta aktiviti-aktiviti BRSA. Sekiranya terdapat keperluan yang mendesak, perbincangan secara tertutup akan dijalankan bersama YBhg. Dato’ Dr. Pengarah BRSA. Strategik dan perancangan awal akan ditentukan bagi memastikan keseluruhan aktiviti BRSA dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.

No comments:

Post a Comment

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PROJEK ICT SEKTOR AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2020 Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA), En. Abdu...