Monday 18 May 2020





MESYUARAT SEMAKAN SEMULA SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT)
TAHUN 2020

Pada 27 April 2020 yang lalu, satu mesyuarat berhubung dengan Penyelarasan Keputusan Mesyuarat Kabinet Berhubung Fungsi dan Peranan MAMPU Semasa dan Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pandemik Covid-19 Bilangan 2 Tahun 2020 telah diadakan. Hasil mesyuarat tersebut telah memutuskan bahawa semua bahagian di MAMPU perlu membuat semakan semula terhadap sasaran kerja tahunan masing-masing untuk disesuaikan pelaksanaannya dengan scenario semasa dan selepas Pandemik Covid-19.

Justeru, Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA) telah melaksanakan satu Mesyuarat Semakan Semula Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Tahun 2020 pada 6 Mei 2020 yang lalu bertempat di Ruang Legar, Unit Integriti, MAMPU. Semua Pegawai-pegawai BRSA telah menghadiri ke Mesyuarat tersebut.


No comments:

Post a Comment

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PROJEK ICT SEKTOR AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2020 Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA), En. Abdu...