Monday 29 June 2020




GOTONG-ROYONG EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) MAMPU

Pada 29 Jun 2020 yang lalu, Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA) telah melaksanakan aktiviti Gotong – Royong Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) MAMPU. Aktiviti ini diadakan sebagai susulan kepada gotong – royong yang terdahulu serta sebagai persiapan terhadap pelaksanaan Audit Dalam EKSA MAMPU yang telah dijadualkan semula pada pertengahan Julai 2020 yang melibatkan seluruh MAMPU termasuk di Sabah dan Sarawak.

Pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac 2020 yang lepas akibat daripada penularan pandemik Covid-19 ternyata memberikan implikasi ke atas pelaksanaan program dan aktiviti yang telah dirancang oleh Jabatan, termasuklah pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) MAMPU bagi tahun 2020. Justeru, urus setia telah menyelaraskan semula takwim pelaksanaan EKSA MAMPU bagi memastikan program dan aktiviti yang telah dirancang sebelum ini dapat dilaksanakan dan disesuaikan dengan situasi semasa.

Aktiviti ini telah bermula dari bulan Januari 2020 yang melibatkan sesi libat urus bersama Pegawai Tadbir Bahagian dan ,Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan EKSA MAMPU 1/2020 telah dilaksanakan pada bulan Februari 2020 yang lalu.

No comments:

Post a Comment

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PROJEK ICT SEKTOR AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2020 Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA), En. Abdu...