Monday 29 June 2020






MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) BILANGAN 1 TAHUN 2020

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) Bilangan 1 Tahun 2020 telah diadakan pada pada 23 Jun 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Seri Gemilang, MAMPU. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh En. Abdul Qadir Siddiq bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Kanan. Mesyuarat ini turut dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Yusof bin Ismail, Ketua Pengarah MAMPU.

Merujuk kepada Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) Bilangan 2 Tahun 2019, mesyuarat tersebut telah bersetuju supaya semakan semula prosedur kualiti oleh Bahagian-bahagian dilaksanakan sebagai persediaan awal kepada Bengkel Kajian Semula Pengurusan yang dijadualkan pada hujung Februari 2020 termasuklah dari segi keperluan meminda atau menggugurkan prosedur sedia ada dan mewujudkan prosedur baharu dan bersesuaian dengan skop pensijilan. Mesyuarat ini turut melihat secara keseluruhan pencapaian objektif kualiti, laporan kajian maklum balas pelanggan, laporan penilaian prestasi pembekal, kecukupan sumber (kewangan dan manusia) serta beberapa laporan lain.

No comments:

Post a Comment

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PROJEK ICT SEKTOR AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2020 Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA), En. Abdu...