Monday 29 June 2020





MESYUARAT BAHAGIAN REFORMASI SEKTOR AWAM

Pada 11 Jun 2020 yang lalu, Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA) telah melaksanakan Mesyuarat Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA) bertempat di Ruang Legar Unit Integriti (UI) dan BRSA, MAMPU. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah BRSA, YBhg. Dato’ Dr. Ilango Karuppannan. Mesyuarat ini akan diadakan pada setiap minggu bagi membincangkan kesemua keterlibatan Pegawai-pegawai serta aktiviti BRSA.

Sekiranya terdapat keperluan yang mendesak, perbincangan secara tertutup akan dijalankan bersama YBhg. Dato’ Dr. Pengarah BRSA. Strategik dan perancangan awal akan ditentukan bagi memastikan keseluruhan aktiviti BRSA dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. BRSA turut mengadakan mesyuarat ini bagi menyebarkan maklumat dan rancangan terkini dengan kadar yang pantas dan bagi mengelakkan kekeliruan maklumat terhadap ahli serta menyelaraskan pembahagian tugas dengan lebih sistematik.

No comments:

Post a Comment

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PROJEK ICT SEKTOR AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2020 Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA), En. Abdu...