Thursday 25 June 2020







SESI PERBINCANGAN PENGESAHAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) BAHAGIAN

Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA) telah menghadiri Sesi Perbincangan Pengesahan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Bahagian pada 25 Jun 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Sinergi, MAMPU. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Cik Nur Syazana binti Azman, Penolong Pengarah dan Pn. Nur Farhana binti Md Shah, Pegawai Tadbir Bahagian.

Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat (BPKK) selaku penyelaras Sasaran Kerja Tahunan (SKT) MAMPU sedang dalam proses untuk memuktamadkan SKT bagi penggal kedua tahun 2020. Pada tahun sebelum ini, sesi pengesahan SKT diadakan di dalam program Kajian Separuh Penggal (KSP). Walaubagaimanapun, pada tahun ini, program tersebut tidak dapat dilaksanakan namun pendekatan norma baharu telah dilaksanakan menerusi sesi perbincangan bersama-sama wakil-wakil bahagian bersama pihak BPKK dalam skala kecil sebelum hasil perbincangan tersebut dibentangkan kepada pengurusan tertinggi MAMPU.

No comments:

Post a Comment

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PROJEK ICT SEKTOR AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2020 Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA), En. Abdu...