MESYUARAT
JAWATANKUASA PEMANTAUAN PROJEK ICT SEKTOR AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2020
Bahagian Reformasi Sektor Awam
(BRSA), En. Abdul Qadir Siddiq bin Ahmad (Ketua Penolong Pengarah Kanan) telah
menghadiri Meyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek ICT Sektor Awam Bilangan 1
Tahun 2020 pada 29 Jun 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Gemilang, MAMPU.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Yusof bin Ismail, Ketua
Pengarah MAMPU.
Mesyuarat
ini telah membincangkan maklum balas Minit Mesyuarat JPPI Bilangan 1 Tahun
2019, Laporan Pemantauan bagi tempoh 1 Januari 2020 sehingga 15 Jun 2020, dan
Pembentangan Projek Berstatus Lewat Jadual dan Sakit.
No comments:
Post a Comment