Monday, 24 February 2020


Mesyuarat Pembukaan PELAKSANAAN AUDIT LUAR MS ISO 9001:2015 BIL. 1/2020


Pada tanggal 13 Februari 2020 yang lalu, BRSA telah menghadiri Mesyuarat Pembukaan Pelaksanaan Audit Luar MS ISO 9001 Bilangan 1 Tahun 2020 bertempat di  Bilik Mesyuarat Seri Gemilang, MAMPU. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Yusof bin Ismail dan telah dihadiri oleh semua pengarah bahagian, semua juruaudit dalam MS ISO 9001 MAMPU, Pegawai MS ISO Bahagian dan Auditee.

Mesyuarat ini dijalankan bertujuan memastikan auditee yang bersesuaian bagi perkara yang diaudit seperti yang terkandung dalam jadual yang dilampirkan. Auditee bagi perkara yang diaudit diwajibkan hadir ke mesyuarat pembukaan dan penutupan.

Bukan itu sahaja, mesyuarat ini juga bertujuan memastikan dokumen yang diperlukan untuk pengauditan telah disediakan dengan sewajarnya. Tempoh dokumen untuk diaudit adalah bagi bulan April 2019 sehingga Januari 2020. Peringatan mesra juga bahawa dokumen bagi tempoh sebelum April 2019 juga berkemungkinan akan disemak sekiranya diperlukan. Dokumen tersebut telah diserahkan kepada urus setia pada 6 Februari 2020 (Khamis) untuk penyelarasan selanjutnya atau dibawa bersama pada hari pengauditan.


AKTIVITI BRSA 
  • Mesyuarat Bahagian Reformasi Sektor Awam Bil. 3/2020
  • Perbincangan mengenai The Reformation of Malaysian Public Service Workshop
  • Lawatan Tapak ke Hatten Place Melaka
  • Bengkel Penyediaan Pekeliling Digital Document Management System (DDMS) - Pelaksanaan Peluasan DDMS di Agensi Sektor Awam


PENGLIBATAN BRSA

  • Bengkel Bersama Komuniti Sumber Terbuka Bilangan 1 Tahun 2020 -“OSDeC: 2020 dan Beyond”
  • Sesi Libat Urus Kajian Pembangunan Dasar Perkongsian Data Sektor Awam Bersama Jabatan Perdana Menteri (Jpm) Dan Agensi Jpm
  • Kursus Masterclass In Public Policy Making Siri 1/2020
  • Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Bil. 1/2020
  • Launch of the World Bank Global Report: Instruments to Build Discussion on Public Sector Reform
  • Bengkel Behavioural Insights Competency and Case Study Development
  • Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Bil. 1 Tahun 2020


Kursus Perkhidmatan 1.0





From 17th to 19th February new officers attended Kursus Perkhidmatan 1.0, which was organised by the Human Resource Section, Management Services Division. The course was held in Menara Sri Saujana, Institut Semarak Felda (ISEF), Bangi. Guest lecturers from the Public Service Department gave detailed explanations and understanding on allowances and facilities granted to government officers. The course also touched on the management procedure of Buku Rekod Perkhidmatan (Am 274) and preparation of Kew 8. Overall, course participants gained insight into administrative matters by interacting with experts in the field.

Introduction to in-service allowances was given to the participant for the first slot. Next slot will be a Q&A / Case Survey of Services Allowance Problems. For the third slot, the lecturers offered an introduction to the In-Service Facility and continued Q&A / Case Study In-Service issues. The lecturers also provided information on the management and maintenance of Buku Rekod Perkhidmatan (BRP). The Participant was provided with the Financial Statement Preparation Procedures for the last slot.


KURSUS KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) TAHUN 2020



Pada tanggal 20 dan 21 Februari 2020, BRSA telah menghadiri Kursus Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Tahun 2020 bagi MAMPU bertempat di bilik serbaguna, Jabatan Perdana Menteri. Pada hari pertama, peserta telah diberikan Pengenalan Dan Taaruf Kepada Pelaksanaan Horizon Baharu KIK, Skop Projek dan Penjanaan Idea Kreatif, dan Teknik Dan Kaedah Design Thinking. Manakala pada hari kedua, peserta telah diberi pengetahuan terhadap Mekanisme Penilaian dan Kriteria Pemarkahan, Penyediaan Dokumentasi Projek, dan Pembentangan Kumpulan.

Objektif kursus KIK ini adalah bertujuan memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif serta berkualiti terhadap kerja yang dilakukan seharian. Selain itu, kursus ini dapat memperkenalkan dan menyebarkan hasil-hasil inovasi yang telah dilaksanakan dan terbukti mendatangkan manfaat agar dapat dicontohi dan diamalkan di seluruh MAMPU. Di samping itu, kursus ini turut menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.


PERBINCANGAN BAGI MELAKSANAKAN BENGKEL FORESIGHT “THE REFORMATION OF MALAYSIAN PUBLIC SERVICE “


MAMPU merupakan sekretariat, badan pemikir dan implementation arm dalam menerajui gerakan reformasi sektor awam secara terancang dan bersepadu. Justeru, MAMPU dengan kerjasama MIGHT telah bercadang untuk mengadakan Bengkel Foresight pada bulan Mac 2020. Sehubungan itu,  pada tanggal 24 Februari 2020 yang lalu, BRSA telah mengadakan satu Perbincangan mengenai The Reformation of Malaysian Public Service Workshop bertempat di Bilik Mesyuarat Aspirasi, MAMPU.

Hasil dapatan perbincangan tersebut mendapati bahawa BRSA akan membantu MIGHT dari segi pentadbiran dan logistik. Bengkel yang akan diadakan bertujuan mengenalpasti, memperhalusi, dan memperincikan bidang fokus dan skop kajian tersebut. Bengkel ini juga turut melibatkan semua agensi utama, pihak akademik dan juga pakar rujuk bagi memastikan pelaksanaan kajian foresight ini dapat dijalankan dan disempurnakan dengan jayanya.



 LAWATAN CAKNA PENGURUSAN REKOD: HARGAI KHAZANAH NEGARA



Pada 24 Februari yang lalu, BRSA telah menghadiri Lawatan Cakna Pengurusan Rekod: Hargai Khazanah Negara di Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Program lawatan ini merupakan anjuran daripada Unit Registri dan Rekod (URR), Seksyen Pentadbiran, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP).

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman warga MAMPU mengenai kepentingan rekod sebagai khazanah warisan negara melalui pendedahan dari aspek pemuliharaan dan pemeliharaan rekod dan bahan arkib. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan dan khidmat kepakaran Arkib Negara dalam pendigitalan bahan arkib. Lawatan dimulakan dengan sesi Taklimat Pengenalan Arkib di Auditorium Arkib Negara dan tayangan video tentang sejarah arkib serta video kemerdekaan Malaya yang dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam diri.

Seterusnya, peserta telah membuat Lawatan Ke Pusat Digital Bahan Arkib Negara dan diberi  Taklimat Pendigitalan, dan diakhiri dengan Proses Pendigitalan Surat dan Buku dengan Lawatan Berpandu Ke Dewan Penyelidikan Arkib Negara Malaysia. Input yang dapat diperolehi oleh para peserta adalah berkenaan Archival Management System (AMS)? Aplikasi sistem ini digunapakai oleh Arkib Negara bagi memastikan semua dokumen dan bahan media dipelihara dan didigitalkan bagi kegunaan rujukan para penyelidik khususnya dan mengekalkan warisan negara yang bernilai amnya.





MESYUARAT BAHAGIAN REFORMASI SEKTOR AWAM


Mesyuarat Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA) diadakan pada setiap minggu. Mesyuarat ini membincangkan kesemua keterlibatan Pegawai-pegawai serta aktiviti-aktiviti BRSA. Jika mempunyai keperluan yang mendesak, perbincangan secara tertutup akan dijalankan bersama YBhg. Dato’ Dr. Pengarah BRSA. Strategik dan perancangan awal akan ditentukan bagi memastikan keseluruhan aktiviti BRSA dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.


Mesyuarat bahagian ini diadakan bertujuan membincangkan sesuatu perkara dalam mencapai keputusan bersama dan mewujudkan perhubungan, kata sepakat serta kerjasama. BRSA turut mengadakan mesyuarat ini bagi menyebarkan maklumat dan rancangan terkini dengan kadar yang pantas dan mengelakkan kekeliruan maklumat terhadap ahli serta menyelaraskan pembahagian tugas dengan lebih sistematik.

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PROJEK ICT SEKTOR AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2020 Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA), En. Abdu...